Khamis, Oktober 09, 2014

Perlawanan Persahabatan T4MT Menentang T4SN

Team T4MT
Tanggal 29 Oktober 2014, Isnin, di waktu petang yang permai. Perlawanan persahabatan bola sepak antara student Matematik gabungan kelas MT1, MT2 dan MT3 telah menentang pasukan dari gabungan kelas T4SN.

Perlawanan yang telah bertempat di Padang IPGKPP telah menjadi saksi kemenangan pasukan T4MT dengan jaringan 5-1. Gol yang diperoleh adalah dari Zahid (4 biji) dan Zulhilmi (1 biji). Manakala gol saguhati pasukan T4SN telah dijaringkan oleh Ikki Owo pada minit akhir perlawanan.

Alhamdulillah, perlawanan ini telah mencapai objektifnya iaitu mengeratkan ukhuwwah antara student dari berlainan course.

Tahniah kepada semua! Satu lagi kenangan baru tercipta. ;)

Tiada ulasan: