Jumaat, Mac 11, 2011

Sikap Wanita yang Disenangi Lelaki | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sikap Wanita yang Disenangi Lelaki | iluvislam.com + discover the beauty of islam

YEA!! CUTI LAGI!

CUTI DATANG LAGI..
oh yea!! i like!! and we all like!! kan? kan?
Cuti pon cuti gak. Assigment jangan tak buat lak noh? Satgi tak tido lak bila buat last minit. hoho..So, kesempatan ini aku nak ucapkan untuk smeua warga T1MT2 selamat bercuti dan bergembira bersama famili dan orang tersayang.. 

Sedikit pesanan dari anak Zuraidi ni :

  • time cuti jangan lak menyepikan blog yang sedia sepi ni lak, ok?
  • kepada semua yang pegi kenduri umah FATTAH tu, jangan la lupa orang yang tak pergi ni..(aku r tu)..huhu
  • kalau rasa ada nak mari jalan-jalan terengganu or lebih spesifik Besut, jangan malu jangan segan. contact la aku yer? (macam la ada yang nak pegi..hehe)
  • kalau ada pape berita pasal keje-keje atau SBE yang perlu disebarkan, sebarkanlah yer.
  • jangan la merempit sangat taw? Aku sayang kawan-kawan aku ni.
  • makanlah sepuasnya time kat umah!!
  • tidur sikit-sikit sudahlah. Nikmati hari bersama famili...
  • jaga kesihatan. jaga diri. jaga hati.

Permintaan gadis bernama HUSNA :
maafkanlah segala salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. aku pon manusia biasa yang ada salah dan dosanya. kalau ada yang aku terlebih, teremo, terbising, termarah..mohon diampun ok? 0-0 la ek?


Ok, that's all..HAPPY HOLIDAY!! 

Khamis, Mac 03, 2011

SOALAN KKBI TITAS PISMP SEM1 2011



Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau  Pinang
Penilaian Kerja Kursus – Taksiran

(JPT, Soalan Tugasan dan Peraturan Memberi Markah)


Subjek :


Tamadun Islam dan Asia (TITAS)
Tempoh Pelaksanaan :
21/2/2011 – 11/3/2011

Program :

PISMP
Semester :
1

Kumpulan yang terlibat :


T1 TESL1.T1TESL2, T1PC,T1PM,T1SN1,T1SN2,T1SN3,T1MT1,T1MT2,T1MT3,T1PA1,T1PS

Disediakan Oleh :

Rijaluddin Bin Yahya,
Ahmad Rushaidi Bin Abdul Majid,
Taib Bin Ahmad, Yahya Bin Abdullah
Disahkan oleh :
En. Adnan Bin Wahab   
Tarikh :

14 FEB 2011
Tarikh :





INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PISMP
                                                                                          MATAPELAJARAN :  TITAS                                           

JABATAN : PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
TAJUK      : ESEI PENDEK
TARIKH DIMULAKAN:  21 FEB  2011                                                                      
TARIKH SERAHAN TUGASAN: 11 MAC 2011


Pembentukan sesebuah tamadun dipengaruhi oleh kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat. Kebudayaan pula dipengaruhi oleh agama dan atau cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Pembentukan Tamadun Melayu amat dipengaruhi oleh latar belakang agama Islam yang menjadi dominan setelah Islam bertapak di Asia Tenggara. Kedatangan Islam banyak mengubah cara hidup orang Melayu dan berjaya membentuk masyarakat yang unik dan tersendiri.

Berpandukan kepada pernyataan di atas dan rujukan dari pelbagai sumber bercetak atau elektronik, anda dikehendaki menjelaskan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan huraikan kesan dan peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Melayu.  

Esei anda hendaklah disediakan secara kumpulan (4-5 orang) dan panjangnya  (10 muka surat) bertaip komputer dengan menggunakan font 12 jarak 2 baris.  


 
                                                                            

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
JADUAL PENENTUAN TUGASAN TAKSIRAN

   JABATAN                          :           PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
   MATAPELAJARAN         :           TAMADUN  ISLAM DAN ASIA
   SEMESTER                                  :           SATU
                        SPESIFIKASI

TAJUK

TUGASAN
WAJARAN
CATATAN
1)    TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU.

-          Melalui India dan Cina
-          Melalui perdagangan dan hubungan diplomatik.

2)    PERANAN ISLAM DALAM MEMBENTUK TAMADUN MELAYU.
-          Mengubah akidah dan cara hidup.
-          Kebudayaan Islam.

3)    KESAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP TAMADUN MELAYU.
Menyediakan esei pendek
(10-12 muka surat)

Esei merangkumi teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu:
-          Dari India
-          Dari Negeri China

Peranan Islam dari segi akidah yang mengubah cara hidup orang Melayu yang beragama Hindu.




-          Kesan Akidah dan penghayatan Islam terhadap politik, ekonomi dan social Tamadun Melayu.
90%
Minggu ke LAPAN semester ini
Sahsiah

10%

JUMLAH

100%









                                                                                            PERATURAN MEMBERI MARKAH
TAKSIRAN MATAPELAJARAN TAMADUN  ISLAM DAN ASIA

Komponen tugasan yang dinilai
Baik

30 - 21
Sederhana

20 - 11
Lemah

10 – 0
A. Pemerolehan ilmu (30%)

Tepat                  (10%)

   
Cakup pelabagai (10%)


Kefahaman         (10%)

Sumber bacaan bercetak atau elektronik.


Cari isi dan cari gambar


Rumusan pandangan penulis

Artikel sangat tepat dan relevan


Pelbagai


Kefahaman menyeluruh

Kurang tepat dan kurang relevan


Kurang   kepelbagaian sumber

Kurang menyeluruh

Amat tidak tepat dan tidak relevan


Tiada kepelbagaian sumber

Tidak menyeluruh


Baik
20  - 15
Sederhana
20 -  15
Lemah
7 - 0

B. Penyesuaian  (60%)

    Transformasi (20%)

   

    Aplikasi (20%)


    Tafsiran (20%)

Tulis esei pendek

Kenalpasti fenomena



Komen / Cadangan


Penilaian dan penyelesaian

Isi tepat dan jelas  

Dapat beri pandangan dengan tepat jelas dan sesuai dengan konteks

Amat tepat


Bernas dan mengemukan bukti

I si Jelas

Kurang memberi pandangan dengan jelas dan sesuai

Tepat


Kurang sesuai

Kurang jelas

Pandangan kurang jelas dan kurang sesuai


Tidak tepat


Tidak relevan



Baik
10 - 8
Sederhana
7 - 4
Lemah
3 - 0
D. Sikap dan sahsiah (10%)


Tinggi
Kerap berinteraksi 
Sederhana
Kurang berinteraksi
Lemah
Tidak berinteraksi
JUMLAH (100%)





Selasa, Mac 01, 2011

Senyumlah selagi termampu


Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta dihati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang,tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janj iAllah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah tela hmenetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta kearah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allah lah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kaudoakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah...


Pesanan si copy-paste : kehangatan ingin berpasangan berdasarkan konsep KEINTIMAN VS KEASINGAN dalam perkembangan kanak-kanak  menyebabkan saya terpanggil men’copy’ sesuatu yang pernah buat saya kuat suatu masa dahulu..awwwwwwwwww ~
Sapa fikir bukan-bukan akak sepak . ini serius

*this post is belong to Mazlina. 

USAH RISAU JIKA DIRI BELUM B'PUNYA..

~USAH RISAU JIKA DIRI BELUM B'PUNYA..mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita.


Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah  redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.


Tinta kasih sayang dari kawan akak utk adek- adek akak yang tersayang…nice~

by Siti Fatimah on Monday, 01 November 2010 at 14:1


*this post is belong to Mazlina.