Pendedahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) bahawa hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun 2012 dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac 2013 cukup membimbangkan.
Berdasarkan kenyataan di atas, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik tersebut telah cukup
membimbangkan dan menunjukkan kanak-kanak kini makin terdedah dengan penderaan,
termasuk secara seksual yang membabitkan penjaga mereka sendiri. Fenomena
penderaan dan pengabaian hak asasi kenak-kanak yang telah meningkat dengan
mendadak ini merefleksikan suatu
perubahan besar telah berlaku di dalam gaya hidup masyarakat Malaysia kini.
Akibat dari perkembangan industri dan teknologi, fenomena ini telah
mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan modenisasi. Implikasi daripada
kedua-dua proses ini telah mewujudkan perubahan drastik di dalam kelas sosial,
struktur keluarga tradisional, nilai-nilai dan norma masyrakat. Justeru,
manifestasi perubahan tersebut telah meningkatkan laporan kes-kes penderaan dan
pengabaian kanak-kanak.
Rajah 1 : Bilangan Kes Penderaan Kanak-kanak Mengikut Jenis Penderaan,
Malaysia, 1999-2007
Berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (Rajah 1), sepanjang tempoh 1999-2007, kes kanak-kanak
terbiar dan penderaan seksual merupakan penyumbang utama bilangan kes penderaan
kanak-kanak dengan peratusan masing-masing sebanyak 30.4 peratus dan 30.3
peratus. Ini kemudiannya diikuti kes penderaan fizikal sebanyak 28.1 peratus
dan berlaku sedikit penurunan bagi kes kanak-kanak terbiar dan pembuangan bayi
pada tahun 2003. Jika statistik yang dikeluarkan pada lebih 10 tahun yang lalu
telah berada pada tahap yang membimbangkan, bagaimana pula dengan isu
pelanggaran hak asasi kanak-kanak pada tahun 2014 ini? Satu persoalan yang
timbul ini bakal mengundang seribu satu pertanyaan dalam diri rakyat Malaysia
yang prihatin tentang isu yang kian mendapat tempat di dada akhbar untuk
memberikan maklumat kes-kes yang telah berlaku di samping memberi peringatan
kepada rakyat Malaysia tentang tahap keselamatan kanak-kanak dewasa ini.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang turut mengikuti perkembangan dunia
hari ini, saya terpanggil untuk meneliti sejauh mana hak asasi kanak-kanak di
Malaysia telah diperjuangkan dan apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk
mengurangkan isu berkaitan pelanggaran hak asasi kanak-kanak ini.
Bersama-sama ini saya telah sertakan beberapa statistik berkenaan kes penderaan hak asasi kanak-kanak yang boleh dijadikan rujukan bersama.
* semoga berguna!
* 10.9.2014 kelas EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA.
10 ulasan:
Terima kasih untuk info yang diberikan =)
Makin teruk gejala kt malaysia ni
risau sangat dengan situasi sekarang..semua masyarakat kena cakna dengan isu ni...
maklumat yang berguna. statistik yang ditunjukkan mnunjukkan kes penderaan yang sangat membimbangkan.thanks for da info..keep it up cikna!
Tq atas info yg amat berguna... sebagai guru kita harus peka dan kes penderaan yg berlaku disekeliling kita....laporkan sbrg kes penderaan kanak2 kpd pihak berkuasa.... kita mampu mengubahkan....
takutnya. terima kasih. info yang sangat berguna.
Statistik menunjukkan peningkatan bg setiap tahun. Kanak-kanak perlu mendapat pengetahuan asas mengenai kes penderaan dan apa yang mereka perlu lalukan jika penderaan terjadi kepada mereka. Mereka yang berkerja secara langsung dengan kanak-kanak seperti pengasuh juga harus mendapatkan latihan dan saringan terlebih dahulu sebelum diberi tanggungjawap tersebut.Sematkan nilai mencintai kanak2 pada setiap lapisan masyarakat.
Terima kasih semua atas respon..;)
Sangat menyedihkan
Agen Judi Bola Terpercaya Bonus New Member 100%
Agen Judi Slot Pragmatic Bonus New Member 100%
Agen Judi Slot Playtech Bonus New Member 100%
Agen Judi Live Casino Terpercaya Bonus New Member 100%
Agen Judi Sabung Ayam Terpercaya
Agen Judi Tembak Ikan Terpercaya
Bonus Jersey Bola Dengan Minimal Deposit 150ribu
Minimal Deposit 50ribu & Withdraw 100ribu
Cashback MixParlay 100% & Cashback Mingguan 5%
WWW,SCR99BET,COM Agen Judi Terpercaya Menang Berapapun Kami Bayar
Catat Ulasan