Khamis, Oktober 09, 2014

EDU 3093 : KES PENDERAAN HAK KANAK-KANAK (PENDAHULUAN)


Pendedahan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) bahawa hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun 2012  dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac 2013 cukup membimbangkan.

Berdasarkan kenyataan di atas, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik tersebut telah cukup membimbangkan dan menunjukkan kanak-kanak kini makin terdedah dengan penderaan, termasuk secara seksual yang membabitkan penjaga mereka sendiri. Fenomena penderaan dan pengabaian hak asasi kenak-kanak yang telah meningkat dengan mendadak  ini merefleksikan suatu perubahan besar telah berlaku di dalam gaya hidup masyarakat Malaysia kini. Akibat dari perkembangan industri dan teknologi, fenomena ini telah mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan modenisasi. Implikasi daripada kedua-dua proses ini telah mewujudkan perubahan drastik di dalam kelas sosial, struktur keluarga tradisional, nilai-nilai dan norma masyrakat. Justeru, manifestasi perubahan tersebut telah meningkatkan laporan kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. 

Rajah 1 : Bilangan Kes Penderaan Kanak-kanak Mengikut Jenis Penderaan, Malaysia, 1999-2007

Berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Rajah 1), sepanjang tempoh 1999-2007, kes kanak-kanak terbiar dan penderaan seksual merupakan penyumbang utama bilangan kes penderaan kanak-kanak dengan peratusan masing-masing sebanyak 30.4 peratus dan 30.3 peratus. Ini kemudiannya diikuti kes penderaan fizikal sebanyak 28.1 peratus dan berlaku sedikit penurunan bagi kes kanak-kanak terbiar dan pembuangan bayi pada tahun 2003. Jika statistik yang dikeluarkan pada lebih 10 tahun yang lalu telah berada pada tahap yang membimbangkan, bagaimana pula dengan isu pelanggaran hak asasi kanak-kanak pada tahun 2014 ini? Satu persoalan yang timbul ini bakal mengundang seribu satu pertanyaan dalam diri rakyat Malaysia yang prihatin tentang isu yang kian mendapat tempat di dada akhbar untuk memberikan maklumat kes-kes yang telah berlaku di samping memberi peringatan kepada rakyat Malaysia tentang tahap keselamatan kanak-kanak dewasa ini.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang turut mengikuti perkembangan dunia hari ini, saya terpanggil untuk meneliti sejauh mana hak asasi kanak-kanak di Malaysia telah diperjuangkan dan apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk mengurangkan isu berkaitan pelanggaran hak asasi kanak-kanak ini. 

Bersama-sama ini saya telah sertakan beberapa statistik berkenaan kes penderaan hak asasi kanak-kanak yang boleh dijadikan rujukan bersama.






* semoga berguna! 
* 10.9.2014 kelas EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA.

Isnin, Februari 04, 2013

Adious Amigous

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat handai dan lain lain.


Ingat lagi kita pernah bergembira dulu dan entah macam mana perjalanan kita keluaq jalan-jalan dah semakin kurang. Bukan apa, kita kat sini hanya ada lebih kurang 2 tahun saja lagi. 2 tahun tu tak lama.

Jadi, di sini saya sebagai kawan kepada sahabat handai semua berharap kita dapat memanfaatkan saki baki masa kita di sini sebelum semuanya tak sempat diputar kembali lagi roda masanya. Dan jugak agar kita tiada benda nak dikesalkan bila tamat nanti...acewwah!

Peace no war...

Selasa, April 12, 2011

JADUAL UAK APRIL 2011

salam kengkawan...ni haa ada LINK jadual UAK kita...tengok2 la ye walaupun 2 hari je lg NK PREPARE..huhuhu

JADUAL UAK APRIL 2011